Thursday, October 11, 2007

MELAKAR SEJARAH : ANGKASAWAN MALAYSIA

2 orang angkasawan Malaysia : Dr. Faez Khalid dan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
( imej kurang memuaskan )

Genap 50 tahun merdeka, sejarah tercipta lagi apabila malam tadi angkasawan pertama Malaysia, Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Bin sheikh Mustapha yang juga merupakan doktor ortopedik telah berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA - 11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).


Program Angkasawan Malaysia ini telah dicetuskan oleh mantan PM Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan dalam program ini 2 orang telah terpilih sebagai angkasawan malaysia iaitu Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Faez Khalid.


Sebagai rakyat Malaysia, aku memang tak lepaskan peluang untuk menyaksikan detik bersejarah yang ditayangkan secara langsung melalui kaca televisyen dan rasa berbangga dengan kejayaan Rakyat Malaysia ini.Semoga beliau selamat sampai dan selamat kembali.


Beliau juga merupakan orang Islam pertama yang akan sembahyang, berpuasa dan akan berhari raya aidilfitri di angkasa lepas.Dengan kejayaan Sheikh Muszaphar Shukor ini, dunia Islam akan berbangga dengan kejayaan angkasawan Malaysia yang akan membuat pemerhatian dari sudut agama ketika berada di orbit.


Semoga selepas ini, banyak lagi sejarah yang akan dapat dilakar oleh negara kita.





Wednesday, October 10, 2007

BERSUA LAGI...

Assalamualaikum...

Bersua lagi kita di ruang maya ini.Dah lama aku tak mengarang kat blog ni, dalam sebulan ni banyak yang berlaku... sebelum bermulanya Ramadhan al mubarak, anak aku yang kecil, Adam Darwisy terpaksa dimasukkan ke wad sebab tiba-tiba je demam, muntah dan cirit birit ditambah lagi dengan tonsil dan juga lelah.Dalam 10 hari jugaklah aku berkampung kat wad dan sempat berpuasa 2 hari kat wad.Sekarang ni pun aku terpaksa bawa Adam ke hospital selang sehari untuk sedut kahak dalam tekak dan hidung.Kalau diikutkan hati aku dah tak sanggup dah bawak dia ke hospital untuk sedut kahak sebab tak tahan tengok dia menangis dan meronta tahan sakit.tapi kalau aku tak bawak, macam mana nak baik.Cadangnya aku nak berubat kampunglah pulak, mana tahu cara ni dia cepat baik.
Sekarang ni tinggal 2, 3 hari lagi syawal bakal menjelma, aku confirm memang waktu ni semua orang sibuk buat persiapan terakhir sebelum tibanya hari raya.Tapi aku tak adalah sibuk sangat sebab dari awal lagi aku dah siapkan baju anak2, tak nak berebut dengan orang ramailah katakan.Cuma baju kurung aku ngan Batrisyia belum siap lagi, tukang jahit baru gunting kain... tapi harap2 sempat siaplah...kuih pun aku buat kuih "tunjuk" je senang... tak sempat buat.
Dalam bulan Ramadhan ini jugak kami adik-beradik akan berkumpul dan berbuka puasa beramai-ramai disamping mengadakan majlis bacaan Yasin untuk mereka yang telah meninggalkan kita.
Okaylah, dalam bulan yang mulia ni aku nak ambik kesempatan untuk mohon ampun sekiranya ada terkasar kata sepanjang perkenalan dengan blogger di ruang maya ini dan juga SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.