Thursday, October 11, 2007

MELAKAR SEJARAH : ANGKASAWAN MALAYSIA

2 orang angkasawan Malaysia : Dr. Faez Khalid dan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
( imej kurang memuaskan )

Genap 50 tahun merdeka, sejarah tercipta lagi apabila malam tadi angkasawan pertama Malaysia, Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Bin sheikh Mustapha yang juga merupakan doktor ortopedik telah berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA - 11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).


Program Angkasawan Malaysia ini telah dicetuskan oleh mantan PM Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan dalam program ini 2 orang telah terpilih sebagai angkasawan malaysia iaitu Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Faez Khalid.


Sebagai rakyat Malaysia, aku memang tak lepaskan peluang untuk menyaksikan detik bersejarah yang ditayangkan secara langsung melalui kaca televisyen dan rasa berbangga dengan kejayaan Rakyat Malaysia ini.Semoga beliau selamat sampai dan selamat kembali.


Beliau juga merupakan orang Islam pertama yang akan sembahyang, berpuasa dan akan berhari raya aidilfitri di angkasa lepas.Dengan kejayaan Sheikh Muszaphar Shukor ini, dunia Islam akan berbangga dengan kejayaan angkasawan Malaysia yang akan membuat pemerhatian dari sudut agama ketika berada di orbit.


Semoga selepas ini, banyak lagi sejarah yang akan dapat dilakar oleh negara kita.





No comments: