Thursday, February 28, 2008

Anak Murid ku...


Gambar ats ni aku ambik masa minggu orientasi kat sekolah....kelas ni memeng ceria dengan bahan pengajaran dan pembelajaran.Aku masuk mengajar dengan gpi(guru pendidikan islam) yang bertindak sebagai guru pembimbing aku.

Saturday, February 23, 2008

KEMBALI LAGI..!

Hai member blog semua, aku kembali bersiaran berkuatkuasa hari ini.Dah lama blog aku ni sepi...sekarang aku akan meriahkan balik blog aku ni.Hari ni aku nak bercerita sikit pasal kerjaya baru aku....pada yang rasa bosan baca aku punya story, korang boleh blah....Dah nak masuk sebulan aku mengajar kat sekolah rendah, darjah satu.Tapi aku belum jadi guru betul-betul lagi sebab aku masih dalam latihan kira-kira setahun setengah tempoh aku dalam latihan.Bila dah lulus dan terima sijil barulah aku betul-betul bergelar guru.Kiranya aku bergelar pelajar maktablah.Hari pertama mengajar memang memenatkan sampaikan aku hilang suara sebab asyik menjerit kat murid2,biasalah budak2 sekarang ni bukan macam dulu.Pada minggu orientasi maktab, kami dikehendaki menyanyi lagu Kami Guru Malaysia.Bila mula menyanyi je meremang bulu roma aku sebab dari segi lirik aku rasa berat tanggungjawab yang diamanahkan untuk mendidik anak bangsa kita.Kepada mereka yang bergelar guru,sama-samalah kita menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin.

Monday, January 7, 2008

Selamat Tinggal....

Alhamdulillah.... dah lama aku tak dpt menulis kat blog aku, hari ni baru dapat bukak...Tahun 2007 sememangnya meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit buatku.Tapi kali ini aku betul-betul bersyukur sebab awal tahun 2008 ini aku akan memulakan kerjayaku di tempat baru dan dengan jawatan baru.14hb januari ini aku akan melaporkan diri di Maktab Perguruan Kuala Terengganu sebagai guru j-Qaf.Alhamdulillah, usaha dan doa aku selama ini tak sia-sia, impian akhirnya tercapai dan juga aku dapat menunaikan harapan arwah abah untuk melihat aku menjadi seorang guru.
Kepada rakan-rakan blogger dan sesiapa juga yang sudi melawat blog aku, salam perpisahan terpaksa aku ucapkan kerana selepas ini aku dah tak dapat nak jenguk2 blog kalian,semoga kalian masih mengingati aku di alam maya ini.... sedihlah pulak rasanya.
Okaylah, bila dah ada masa aku akan teruskan kembali bog aku ni, untuk sementara blog aku bererhatlah dulu....Bye-bye....