Thursday, October 11, 2007

MELAKAR SEJARAH : ANGKASAWAN MALAYSIA

2 orang angkasawan Malaysia : Dr. Faez Khalid dan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
( imej kurang memuaskan )

Genap 50 tahun merdeka, sejarah tercipta lagi apabila malam tadi angkasawan pertama Malaysia, Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Bin sheikh Mustapha yang juga merupakan doktor ortopedik telah berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA - 11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).


Program Angkasawan Malaysia ini telah dicetuskan oleh mantan PM Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan dalam program ini 2 orang telah terpilih sebagai angkasawan malaysia iaitu Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Faez Khalid.


Sebagai rakyat Malaysia, aku memang tak lepaskan peluang untuk menyaksikan detik bersejarah yang ditayangkan secara langsung melalui kaca televisyen dan rasa berbangga dengan kejayaan Rakyat Malaysia ini.Semoga beliau selamat sampai dan selamat kembali.


Beliau juga merupakan orang Islam pertama yang akan sembahyang, berpuasa dan akan berhari raya aidilfitri di angkasa lepas.Dengan kejayaan Sheikh Muszaphar Shukor ini, dunia Islam akan berbangga dengan kejayaan angkasawan Malaysia yang akan membuat pemerhatian dari sudut agama ketika berada di orbit.


Semoga selepas ini, banyak lagi sejarah yang akan dapat dilakar oleh negara kita.





Wednesday, October 10, 2007

BERSUA LAGI...

Assalamualaikum...

Bersua lagi kita di ruang maya ini.Dah lama aku tak mengarang kat blog ni, dalam sebulan ni banyak yang berlaku... sebelum bermulanya Ramadhan al mubarak, anak aku yang kecil, Adam Darwisy terpaksa dimasukkan ke wad sebab tiba-tiba je demam, muntah dan cirit birit ditambah lagi dengan tonsil dan juga lelah.Dalam 10 hari jugaklah aku berkampung kat wad dan sempat berpuasa 2 hari kat wad.Sekarang ni pun aku terpaksa bawa Adam ke hospital selang sehari untuk sedut kahak dalam tekak dan hidung.Kalau diikutkan hati aku dah tak sanggup dah bawak dia ke hospital untuk sedut kahak sebab tak tahan tengok dia menangis dan meronta tahan sakit.tapi kalau aku tak bawak, macam mana nak baik.Cadangnya aku nak berubat kampunglah pulak, mana tahu cara ni dia cepat baik.
Sekarang ni tinggal 2, 3 hari lagi syawal bakal menjelma, aku confirm memang waktu ni semua orang sibuk buat persiapan terakhir sebelum tibanya hari raya.Tapi aku tak adalah sibuk sangat sebab dari awal lagi aku dah siapkan baju anak2, tak nak berebut dengan orang ramailah katakan.Cuma baju kurung aku ngan Batrisyia belum siap lagi, tukang jahit baru gunting kain... tapi harap2 sempat siaplah...kuih pun aku buat kuih "tunjuk" je senang... tak sempat buat.
Dalam bulan Ramadhan ini jugak kami adik-beradik akan berkumpul dan berbuka puasa beramai-ramai disamping mengadakan majlis bacaan Yasin untuk mereka yang telah meninggalkan kita.
Okaylah, dalam bulan yang mulia ni aku nak ambik kesempatan untuk mohon ampun sekiranya ada terkasar kata sepanjang perkenalan dengan blogger di ruang maya ini dan juga SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Sunday, September 2, 2007

Sebulan Berlalu....

Dah lama aku tak update blog aku, dah sebulan lamanya.Dalam sebulan ni memang aku sibuk dan tak sempat nak mengarang blog aku ni.Tiap-tiap minggu aku balik rumah mak aku sbb hubby aku slalu out station,ada program macam2.Baru-baru ni pulak jabatan aku buat lawatan keja ke Kl, so aku tak lepas peluanglah join sama sbb dah lama tak ke Kl, dah 4 tahun rasanya.Dalam 3 hari lawatan keja, kami pegi ke BTP, Perpustakaan Negara dan kesempatan yang ada aku sempatlah pegi shopping ngan Kak Faezah dan Kak Ros.Memang shopping sakanlah.Perkara yang tak boleh aku lupa bila kitaorang terpaksa jalan kaki dari The Mall sampai ke Chow Kit utk balik ke Hotel Kuala Lumpur International, tempat kami menginap sbb teksi tak nak hantar, dekat sangat katanya.Dengan barang2 di kiri kanan tangan aku, terpaksa jugaklah aku jalan sampai ke hotel.Penatnya tuhan saja yang tahu.
Pagi Jumaat baru ni pulak aku bawak anak2 pegi berendam kat Air Terjun Sekayu, memang seronok sampaikan Adam tak nak balik walaupun badan dia dah menggeletar kesejukan.Waktu tu memang seronok sebab family aku je yang mandi kat situ, orang tak ramai lagi.Bila kami dah nak balik, barulah nampak orang semakin ramai.Minggu depan kalau tak ada apa2 hal, kitaorang nak pergi pulak.
Hari ni pulak pagi2 lagi aku dah exercise naik tangga turun tangga.Apa taknya, minggu ni soalan OTI utk sekolah2 sampai, tapi lepas waktu pejabat.Jadi, bila pejabat tutup. orang yang hantar soalan2 tu terpaksa tumpang letak soalan2 tu kat pejabat sekolah.So, pagi2 lagi aku kena panjat tangga pejabat sekolah dan angkat soalan2 tu bawak turun ke pejabat aku,bukannya sikit tapi banyak utk 12 buah sekolah.Nasib baik Pak Pa ada, bolehlah mintak dia tlg aku .kalu tak, kan naya aku dibuatnya nak angkut soalan yg bnyk tu sorang, lepas tu kena susun plk ikut sekolah.
Okaylah cukup sini jelah aku crita, kalu story banyak2 boring pulak korang nak baca kan...

Sunday, July 8, 2007

Baru Update Blog....

Kenapa ? Sebabnya dah lama aku tak update blog aku, hari ni baru dapat update. Bukannya apa, sejak akhir2 ni penyakit malas aku datang, dalam pada tu aku jugak sibuk ngan keja kat pejabat, itu tak termasuk keja kat rumah. Biasalah kalau jadi wanita berkerjaya ni, memang kena bijak uruskan masa untuk kerja dan keluarga.Kalau tak, jawabnya tunggang langganglah office dan rumah aku..........
Cuti hujung minggu baru ni aku balik rumah mak aku sebab hubby aku kena pi kursus 3 hari. Aku memang takut nak tinggal kat rumah dengan anak2 kalu hubby aku tak ada, so hari khamis aku angkut barang2 ngan anak2 aku balik rumah mak aku kat Marang. Aku suka balik rumah mak aku sebab dapat kumpul ngan adik- beradik dan anak2 buah aku. Kebetulan pulak, hari jumaat tu pulak kami adakan meeting keluarga untuk tubuhkan Yayasan Haji Sulong dan Anak-anak. Setelah berbincang dan mendapat persetujuan bersama, Yayasan Haji Sulong akan bergerak aktif mulai tahun ni, 2007 . Hari Jumaat jugak bekalan air tak ada buat sementara, so rumah Kak Faezahlah jadi mangsa tempat kami tumpang mandi.
Hari Sabtu petang aku bertolak balik ke rumah aku sebab hubby akupun on the way balik dari kursus.........
Dalam malas akupun sekarang ni aku duk sibuk deco ruang depan laman rumah aku, tanam pokok2 hiasan untuk dijadikan taman walaupun ruang yang ada tak luas sangat... nanti kalau dah siap aku aku akan tunjuk dalam entry akan datang.

Wednesday, June 20, 2007

MERAH KESAYANGANKU...

Hari ni aku nak story pasal keta kesayanganku yang colour merah ni.... aku mulanya tak ada niat pun nak beli keta pada masa terdekat lagipun aku baru je keja.Tapi keadaan yang memaksa, maka aku terpaksa jugak beli. Mula-mula tu aku nak survey je, so ada one day tu, aku ngan hubby aku pegi satu kedai tu, dalam duk sibuk survey tu aku nampaklah keta savvy ni, tapi not model like this, model lama .Yang kat entry aku ni model baru, sport sikit.Bila aku survey harga, loan 100%, so aku buat keputusan nak belilah keta ni, aku order colour biru dan model lama sbb model baru ni aku tak tahu mmg wujud.Tapi entah mcm mana,beberapa hari lps aku order, org sykt keta ni call ckp keta aku order tak ada, bos dia nak bagi kat adik dia, so yg ada cuma model baru colour merah.Nak tak nak aku terima jelah.Tiba masa aku ambik keta ni, aku tengok ok jgk, lebih cantik dari yg aku order, tak rugilah sbb harga dpt lebih murah dari sebenar...itulah ceritanya...
Sebenarnya keta idaman aku Gen 2. Memang dah dapat tapi keta tu hubby aku punya, sampai sekarang tak dapat bawak lagi sebab hubby aku tak confident aku dapat bawak keta besar, lagipun aku baru beberapa bulan dapat lesen , kira tak mahir lagilah...
Anyway... aku sayang keta aku ni sebab bulan-bulan aku bayar ngan duit titik peluh aku gak, tak mintak orang lain bayar... inilah harta yang paling aku sayang... Tapi keluarga mestilah harta yang paling berharga dan tak ternilaikan..




Ini aksesori yang ada kat dalam keta aku... biasalah keta pompuan... banyak aksesorinya...




Inilah merah kesayanganku.... walaupun mula2 bawak dulu dah bergesel ngan papan tanda kat tepi jalan....

Sunday, June 17, 2007

Happy Fathers Day !!

Selamat Hari Bapa aku ucapkan pada hubby aku Abdul Karim Bin Othman.Walaupun abah dah tak ada, tapi aku bersyukur sebab masih ada bapa mertua.Selamat Hari bapa juga aku ucapkan pada bapa mertua aku, Hj. Othman bin Hussin. Sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa membawa bahagia. Arwah abah aku iaitu Hj. Sulong Bin Yusoff merupakan orang yang paling aku banggakan kerana beliau berjaya membesar dan mendidik 12 orang anak sehingga berjaya dan ke menara gading dengan usaha tulang empat keratnya sebagai tukang kayu.Bapa merupakan tunggak keluarga, tanpa seorang bapa pasti ada sedikit kepincangan dalam keluarga kerana pada zaman dahulu kaum bapalah yang banyak keluar mencari rezeki untuk keluarga dan berbeza dengan zaman sekarang, kaum wanita ramai yang bekerja dalam meringankan beban suami.
Ayah dan Ibu...Ayah dan Ibu... Itulah Permulaan Kami...
Dapat Melihat Bulan dan Matahari..

Hubby aku memang rapat dengan anak-anak.. walaupun perwatakannya nampak serius.. itu orang lain cakaplah...



We love you Abah !!!

Kenangan bersama abah takkan aku lupakan.Tapi peristiwa beberapa hari sebelum abah meninggal masih aku ingat, kira-kira 8 tahun lalu.Semasa cuti semester,aku ikut Projek anak Angkat kat Seberang Takir selama seminggu.Aku memang sedia maklum abah tak sihat dan aku tak sangka abah akan pergi meninggalkan kami dalam waktu terdekat..Pada hari terakhir di Seberang Takir, kami buat persembahan untuk keluarga angkat dan nyanyi lagu Sudirman, "Salam Terakhir".Dalam duk sibuk buat latihan, mulut aku sempat cakap " macam lagu orang nak mati je..". Sampai sekarang aku tak boleh dengar lagu ni sbb dua hari lepas balik dari Seberang takir, abah meninggal...entahlah mungkin ini satu kebetulan tapi aku memang terasa jugak dengan apa yang aku cakap pada hari persembahan tu.Sampai sekarang aku masih rasa terkilan sbb aku tak sempat salam dan cium tangan abah...lagipun pagi tu abah jatuh dan meninggal depan aku,pada waktu kejadian berlaku ,aku nampak abah berlari naik dari bilik air teresa-gesa dan tiba-tiba abah jatuh.Aku memang bangun nak sambut abah, tapi entah macam mana bila aku berdiri je, aku jatuh balik macam kaki lembik, tak boleh berdiri..sampai sekarang aku masih ingat apa yang berlaku...Masa Majlis Konvokesyen, bila lagu Sudirman diputarkan, " ayah dan Ibu, ayah dan ibu itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari... aku hanya mampu mengalirkan air mata..sebak dan sedih... sebab aku tak dapat kongsi kejayaan aku dengan abah, hanya suami yang datang masa konvokesyen aku... memang aku mengharapkan kedatangan ahli keluarga aku, tapi mereka semua tak dapat datang... akhirnya konvokesyen aku tu mmg aku tak happy sangatlah....
Bagi mereka yang masih ada bapa, hargailah mereka selagi mereka hidup di dunia ini..
Untuk abah, aku hanya mampu berdoa dan sedekah al-fatihah, semoga rohmu dicucuri rahmat dan berada di antara orang-orang yang soleh..amin.

Monday, June 11, 2007

Ragam anak-anakku...

Anak-anak aku..penghibur dan penyeri rumahtangga... Ainur Afrina Batrisyia dan Adam Darwisy....

Cute kan?.... Ala-ala model gitu...


Waktu ni Adam menangis sbb tak nak duduk kat dalam tu... he he kesiannya...


Antara pic yang sempat aku ambik... comel kan? Inilah pengubat jiwa aku...


Ini pulak Batrisyia dengan Barney kesayangannya yang boleh menyanyi...



Batrisyia pulak malu-malu bila aku suruh bergaya sikit...

Ha..Adam ni memang suka masukkan benda dalam mulut,wayar charger hp pun dimasukkan dalam mulut...

Pic ni sempat aku ambik sebab mood diaorang tengah ok, kalau tak jangan haraplah aku nak dapat pic yang cantik macam ni...


Anak Belajar Dari Kehidupannya...

Anak adalah anugerah Allah yang amat bernilai, tanpa mereka sepilah hidup kita.Anak pengubat jiwa dikala duka.Kerenah mereka membuatkan kita rasa gembira dan terhibur...seandainya kita gagal mendidik mereka,pastinya kita juga yang akan kecewa.Di sini, aku ingin kongsi kata-kata yang dipetik dari seorang teman, di mana setelah aku membacanya,hati tiba-tiba berasa sayu...lantas terfikir,adakah selama ini aku seorang ibu yang baik atau aku terlalu bertegas dengan anak-anak,entahlah bagi anda yang telah mempunyai anak,apa perasaan anda setelah membaca kata-kata yang ingin saya kongsikan ini?

ANAK BELAJAR DARI KEHIDUPANNYA...

Jika anak dibesarkan dengan celaan,dia belajar memaki...
Jika anak dibesarkan dengan cemuhan, dia belajar rendah diri..
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, dia belajar berkelahi..
Jika anak dibesarkan dengan penghinaan, dia belajar menyesali...
Jika anak dibesarkan dengan timbang rasa, dia belajar bersabar...
Jika anak dibesarkan dengan dorongan, dia belajar percaya diri...
Jika anak dibesarkan dengan pujian, dia belajar menghargai...
Jika anak dibesarkan dengan keadilan, dia belajar berdikari...
Jika anak dibesarkan dengan jaminan, dia belajar mempercayai...
Jika anak dibesarkan dengan dorongan, dia belajar mencintai...
Jika anak dibesarkan dengan penghargaan dan persahabatan...
Dia belajar mencari kasih sayang....

Kata-kata ini telah membuat aku terfikir apakah selama ini betulkah cara aku mendidik anak ? Lalu,setelah aku mengimbas balik cara aku selama ini, kata-kata ini telah menyedarkan aku agar tidak terlalu tegas dengan anak-anak, sebaliknya didik mereka dengan kasih sayang dan tolak ansur... aku tetap bertegas tetapi perasaan marah akan aku cuba jauhkan jika mereka buat sesuatu yang aku tak suka, kena ada caranya kalau nak tegur...
Terima kasih aku ucapkan pada kawan aku kerana kata-kata yang diberikannya telah membuatkan aku perbaiki cara aku mendidik anak-anak....

"Anak ibarat sehelai kain putih, kitalah yang akan mencorakkan mereka sejak dari kecil... "

Sunday, June 10, 2007

HAPPY BIRTHDAY TO ME !!!

Happy Birthday to me...

Pic ni masa birthday aku yg ke 26, 2 tahun lepaslah...tahun 2006 tak sambut sbb aku masih dalam pantang, lahirkan si Adam.




Kek ni kira aku kongsi ngan Adamlah... Batrisyia yang pilih kek ni..



Pic ni aku ambik masa sambut birthday Adam..


Pada malam hari, 28 tahun yang lalu... seorang ibu sedang bertarung nyawa melahirkan anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari.Setelah beberapa jam menanggung kesakitan, akhirnya pada 10 Jun 1979, tepat jam 10.10 minit malam, lahirlah seorang bayi perempuan yang comel yang diberi nama Ros Adellasari Sulong.Hari ini, 10 Jun 2007 , umur bayi itu telah pun genap 28 tahun...sape lagi, akulah.Dah 28 tahun aku hidup kat dunia ni, aku bersyukur pada Allah s.w.t kerana masih diberi kesempatan hirup udara segar dan menikmati keindahan alam ini.Aku juga bersyukur kerana telah dikurniakan sepasang cahaya mata dan suami yang penyayang.Sempena birthday aku ni, tak ada apa yang aku harapkan, cuma aku mohon agar hidup bahagia di samping insan tersayang, sentiasa sabar hadapi dugaan, dimurahkan rezeki dan sentiasa diiringi kejayaan dalam hidup.




Happy Birthday jugak aku ucapkan pada adik aku, Mohammad Rozaifulizam yang birthdaynya pada 8 Jun baru-baru ni...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..

Thursday, June 7, 2007

BIRTHDAY BOY : ADAM DARWISY

HAPPY BIRTHDAY!!!!


Happy Birthaday sayang.... Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk Adam...


Tanggal 7 Jun 2006, tepat jam 5.04 pagi, di labour room Hospital Kuala Terengganu, terdengarlah tangisan seorang bayi yang sememangnya membawa kegembiraan kepada seisi keluarga.Lahirlah seorang lagi insan anugerah yang tidak ternilai,seorang bayi lelaki yang diberi nama Adam Darwisy.Walaupun saat melahirkannya amat menyakitkan, tetapi setelah melihat wajah comelnya, kesakitan itu terus hilang dan diganti dengan rasa gembira dan syukur yang tidak terhingga.Kini, umurnya telah genap 1 tahun, terasa begitu cepat pula masa berlalu, sedar tak sedar telah setahun umur anak aku yang kedua ni. Sempena birthday Adam, ibu doakan semoga dirimu sihat, gembira, dilindungi Allah sentiasa, jadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup.


Happy Birthday To You


Happy Birthday To You


Happy Birthday To adam Darwisy...


Happy Birthday To You...

Tuesday, June 5, 2007

I'm Back!!!

Apa khabar semua? Dah lama aku tak update blog aku ni.Actually, minggu lepas memang sibuk dengan kenduri kawin abang aku dan jugak majlis kawin anak saudara hubby aku. tapi dalam duk sibuk kenduri kendara ni, aku pulak tak sihat..demam.So, orang duk sibuk dengan kenduri sambut menantu kat rumah mak aku, aku pulak terlentang kat bilik, tak larat nak buat apa2 sbb demam.Yang jadi mangsa sape lagi kalau bukan hubby aku.Kesian...kena jaga anak aku yang kecik tu, Adam.Dalam cuti sekolah ni, mamang sibuk dengan kenduri kahwinlah.Kepada abang aku,Lan, selamat Pengantin Baru..semoga bahagia ke akhir hayat.

Tuesday, May 29, 2007

Gara-gara Pearl Cafe...

Kenapa gara-gara Pearl Cafe? Ha..haa...alkisahnya macam ni.malam tadi aku bawak anak aku pegi klinik sbb demamnya tak kebah2,badan makin panas dengan suhu 40',ingatkan nak bawak terus ke hospital,tapi bila fikir balik kalau kena tahan kat wad jugak malam tadi, susah jugak aku nak menjaganya.So, aku pergi klinik swasta je dan alhamdulillah panas badannya dah reda sikit pagi ni.Berbalik pada Pearl cafe, semalam balik dari klinik aku singgah kat seven eleven beli makanan untuk dimakan pagi ni, dalam duk mencari tu aku ternampak minuman tin Pearl Cafe,so aku nak cubalah best tak rasanya.Balik je rumah, aku minumlah Pearl cafe ni,dalam pukul 1 pagi aku tak tidur lagi sebab rasa bertenaga dan sempatlah lipat kain baju dan mengemas apa yang patut, lepas tu aku masuklah tidur,masalahnya aku memang mengantuk tapi sampai ke pagi aku tak dapat tidur,mata aku pejam tapi otak aku berjalan jugak...agaknya gara-gara minum paerl cafe ni kot otak aku masih aktif walaupun mata aku ni memang mengantuk.Itulah kisahnya gara -gara pearl cafe...ha..ha..panjangnya aku punya explainkan...padahal kisahnya pendek je.Moral of the story is.. jangan minum cafe pada waktu malam kalau nak tidur,akibatnya sampai ke pagi tak dapat tidur...

Monday, May 28, 2007

Sakit datang lagi..


Aku tak tahulah kenapa anak dara aku sorang ni selalu je sakit, dahlah luka kat kepala akibat terhantuk kat dinding tak baik lagi, sakit lain pulak datang.Dah dua hari anak aku demam, asyik cakap sakit kepala dan mintak aku picitkan.Dalam sebulan ni dah dua tiga kali demam,aku dah tak tahu nak buat mcm mana, pergi hospital tanya doktor sama ada di kalangan kanak-kanak boleh kena migrain ke tak, doktor cakap tak.Kalau sakit lain aku tak susah hati sangat, bila selalu je sakit kepala, aku dah susah hati, lebih-lebih lagi budak yang tak tahu nak cakap macam mana sakitnya.Aku ni pulak, tak boleh stress sikit, memang cepat kena migrain,ubat migrain memang selalu ada kat dalam handbag aku, sakit je kepala, terus aku telan ubat tu, kalau tak makan ubat tu, jawabnya tak boleh buat keja lah aku,sakitnya tuhan saja yang tahu.Berbalik pada crita anak aku ni, aku bawa ke klinik, check dia punya hb memang rendah, 10 je..so doktor sarankan beri makanan yang boleh tambah darah,aku dah cuba tapi anak aku ni memang jenis tak suka makan...entahlah, mungkin dah besar sikit tabiat makan akan berubah sendiri kot.Pada Batrisyia, ibu doakan Sya cepat sembuh .


Adam pulak, dua tiga hari ni memang aktif, memang tak duduk diam.Malam tadi pun demam, mungkin demam nak dapat berjalan kot.Apa taknya...sejak akhir2 ni asyik berlatih melangkah dan imbangkan badan, tak lama lagi dapat berjalanlah agaknya.Kalau dapat berjalan nanti, nampaknya aku kena pasang pagar kat dapur, kalau tak habislah barang kat dapur dipunggahnya.Cepatnya masa berlalu, pejam celik pejam celik umur anak teruna aku ni dah nak masuk setahun,sebagai ibu, aku doakan anak-anak aku ni membesar dengan sihat, elok akhlak dan berjaya dalam hidup.Anak-anaklah harta yang paling berharga dan anak-anaklah yang akan mendoakan kita bila kita dah tak ada kelak.


Wednesday, May 23, 2007

Weddings anniversary 25 May


ON EVERY 25 MAY..


I LOVE YOU FROM THE BOTTOM OF MY HEART..


To my wonderful husband : Abdul Karim Othman

The life we've made together

Means the world to me..

From 25 May 2002...

we sharing our life...

and now 5 years we have been together
with two sweet childrens....

I realize all over again..

How lucky i am

To be sharing life with you...


You make me happy in so many ways

And i love you more than ever

With all my love...

Thanks for these wonderful years...
















Tuesday, May 22, 2007

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!!!!!!!!!!!!!






Teristimewa buat kakak-kakakku ( Kak Faezah & Kak Fida )
Only this i can give to both of you... a ros and cake... kongsilah ya... he..he...
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan berjaya dalam kerjaya masing-masing..
i LOVE you all..........
Happy Birthday to you....
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to kak Faezah & Kak Fida...
Happy Birthday to you.... on 21 & 22 Mei...





Monday, May 21, 2007

KENANGAN DI PULAU KAPAS

ha.. ni pulak hubby aku tengah beri ceramah kat adik2 PERMATA.


berlatarbelakangkan laut dan aktiviti yang sedang dijalankan.Cantik kan ?




Tak dapat naik kapal kat tengah laut, naik sampan kat gigi air jadilah..






Kenangan di Pulau Kapas.Gambar ni depan chalet Makcik Gemuk.



Waktu ni aku baru je lepas sebulan kahwin, kira dalam mood honeymoon lagilah. Seronok dapat pergi Pulau Kapas sebab pantainya yang cantik, pasir memutih dan air laut yang tenang. Gamat pun banyak kat sini. Gambar dirakam tahun 2002 masa projek Induksi Persatuan Mahasiswa Terengganu um ( PERMATA ).


Sunday, May 20, 2007

Peluang datang lagi...

Semalam aku lawat web KPM untuk tahu keputusan permohonan KPLI yang aku mohon baru-baru ni. Sebenarnya aku tak berharap sangat sbb dah 3 kali aku mohon tak pernah dapat, tapi semalam alhamdulillah aku terpilih untuk menduduki ujian mtest ( Malaysian teacher selection test ) iaitu saringan awal untuk calon yang memohon KPLI ( kursus perguruan lepas ijazah) di maktab perguruan dan hanya yang layak saja akan ditapis untuk ditemuduga.

Sekarang ni bukan senang nak jadi guru sbb makin ramai yang mintak nak jadi guru ni.Anyway,aku harap aku dapat jawab sebaik mungkin dan terpilih untu temuduga, tapi kalau gagal jugak aku takkan berrputus asa dan akan mintak lagi sampailah umur aku 35 tahun, he..he.. kenapa 35 thn? Sebab ini kira umur paling maksimum untuk mohon kpli, kalau 36 tahun dah tak dilayan, reject terus...kalau tak dapat jgk, aku anggap mungkin bukan rezeki aku untuk bergelar guru...

" Tindakan kitalah yang akan menentukan kejayaan kita. Banyak mana pun ilmu yang kita miliki hanya tinggal ilmu semata-mata dan kurang berfaedah buat diri sendiri kecuali kita bertindak "

"A man who is willing to waste one hour of his life has not realised the value of life " ( seorang manuia yang rela merugikan satu jam kehidupannya adalah manusia yang masih tidak tahu akan nilai sebenar kehidupannya)

Thursday, May 17, 2007

Cute baby...




No story for today, but i'm just try to upload picture from internet and it successful.

Wednesday, May 16, 2007

Selamat Hari Guru

Tarikh 16 Mei merupakan tarikh yang sentiasa dikenang oleh mereka yang bergelar guru dan tarikh ini juga akan diraikan oleh mereka yang bergelar pelajar.Pengalaman menjadi seorang guru walaupun hanya selama 2 bulan benar-benar meninggalkan pengalaman dan kenangan yang tak akan aku lupakan.Setelah merasai sendiri bagaimana menjadi guru, baru ku sedar betapa beratnya amanah yang dipikul oleh seorang guru dalam mendidik anak bangsa agar mereka menjadi insan yang berjaya dan berguna kepada bangsa, agama dan negara.Bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik, semuanya memerlukan banyak pengorbanan dari segi masa, tenaga dan perlu sentiasa berhemah dan bijak dalam mengendalikan pelajar.Walaupun cita-cita aku untuk menjadi seorang guru belum tercapai, aku tak akan berputus asa mengintai segala peluang yang ada demi merealisasikan cita-citaku dan juga harapan arwah abah yang sememangnya ingin melihat aku menjadi seorang guru.

Selamat Hari Guru aku ucapkan kepada semua insan yang bergelar guru ( termasuk kakak2 dan abang aku yang bergelar guru - Kak Za, Kak Ta, Kak Ma dan abang Mat, buat suami tercinta : Abdul Karim - semoga menjadi penjana modal insan cemerlang ! )

KITA PIKUL AMANAH INI
( Renungan buat mereka yang bergelar guru )
Kita sama-sama singgah di pelabuhan ini
Tersuratnya mencari sesuap nasi
Buat penyambung hidup
Jauh tersirat di sudut hati
Kita sama-sama memikul satu amanah
Amanah besar
Amanah kecil
Meski bukan seguni padi
Tapi beratnya ibarat segunung intan
Bukan mudah menjadikan manusia itu 'manusia'
Amanah ini ada kala tercalar
Tercalar oleh kata-kata nista
Tercalar oleh suara-suara sumbang
Segelintir hati kaku dan beku
Rupanya perjalanan kita amat payah
Zahirnya tiada onak dan duri
Namun kerlipan permata itu rupanya kaca
Itu sekelumit cuma
Jauhnya lagi perjalanan ini
Selagi nadi berdenyut, nadi berdegup
Selagi jalan ini kita pilih
Pengorbanan , kesabaran agenda kita bersama
Meski perit, pedih kita titi bersama
Kita bina jambatan untuk mereka menyeberang
Kita bina pelantar untuk mereka berlabuh
Mari sama-sama kita warnai kehidupan ini
Dengan panji-panji semangat dan jati diri.
Terima kasih aku ucapkan kepada guru-guru aku dari tadika sampailah peringkat IPTA iaitu :
  • Tadika KEMAS ( CG. Latifah )
  • SK Marang ( Cg. Halimatun, Cg. Jazan, Cg. Nazli dll )
  • SMA Marang ( Cg. Puspa, Cg. Zainiah, Cg. Maimunah, Cg. Bakar, Ust. Wan Hussin dll )
  • SMKA Sheikh Abdul Malek ( Cg. Aziz, Cg. Rahimi, Ust. Ariffin, Cg. Idrul Hisham dll)
  • Universiti Malaya ( semua pensyarah di Akademi Pengajian Islam dan Fakulti Sastera )

Kenangan yang tak dapat dilupakan sewaktu alam persekolahan :

  • Pernah didenda berjalan itik keliling kelas dengan buku bahasa arab diletak atas kepala gara-gara tak dapat jawab satu soalan oleh Ustaz Wan Hussin, salah seorang guru yang amat digeruni oleh pelajar!
  • Didenda beramai-ramai oleh guru yang sama dengan membawa bakul berisi sampah dan berjalan dari meja ke meja sambil mengucapkan dialog : ini sampah dan orang yang mendengarnya mesti jawab ya!
  • Pernah dimarah oleh guru atas kesilapan yang dilakukan oleh orang lain... sedihnya...

Bila diingat balik semuanya, aku rasa nak ketawa pun ada... semua ni kenangan yang kita takkan perolehi lagi setelah melangkah keluar dari sekolah...

Semoga bekas pelajar aku di SMK Tengku Lela Segara bakal menjadi pelajar cemerlang

Tuesday, May 15, 2007

Keluarga Bahagia

Inilah keluarga bahagia aku...

Gambar ni diambil kat Pantai Teluk Ketapang pada minggu lalu. Aku rasa macam tak percaya pulak, pejam celik pejam celik dah 5 tahun usia perkahwinanku dengan insan yang amat aku sayang.Diserikan pulak dengan sepasang cahayamata yang comel2. Sebenarnya, pada 25 Mei 2007 ini akan genaplah usia perkahwinanku yang ke 5 tahun.Cadangnya pada 25 mei nanti memanglah aku nak celebrate anniversary kami ni, tapi terpaksa ditangguhkan pulak coz husband aku kena jadi ketua juri dalam Pertandingan Taekwondo, pada 26 mei pulak abang aku pulak nak kahwin.Hai.... asyik tak jadi je plan aku, ingatkan nak ke Kelantan, jalan2... tapi tak apalah, celebrate kat manapun tak kisahlah.Asalkan keluarga aku bahagia dan penuh dengan kasih sayang dan keberkatan...



Sunday, May 13, 2007

AINUR AFRINA BATRISYIA

Gambar ni masa umur 3 tahun 5 bulan


Gambar ni pulak masa Batrisyia berusia 6 bulan.

Aku lahirkan Batrisyia pada 19 Disember 2003 pada jam 6.10 minit pagi dengan berat 3.4 kg. Tapi sekarang ni anak dara aku ni makin kurus, tak nak makan... aku dah tak tahu nak pujuk macam mana, si adik pulak kuat makan.Dah nak sama besar dengan si kakak.Batrisyia ni aku dah hantar ke tadika walaupun belum masuk 4 tahun.Sejak masuk tadika, aku tengok dia dah banyak belajar dari hafal doa, belajar bahasa arab dan mengeja.. memang berbaloilah.Perkembangannya cepat dan aku bangga dengan anak dara aku ni sebab dia cepat belajar.Sebenarnya, masa semester akhir kat u dulu, aku dah pregnant, so memang dari dalam perut lagi dia dah belajar, ikut masuk kuliah dan exam.Memang tak susahlah masa mengandungkan Batrisyia.Sekarang aku dah dapat sepasang cahaya mata, tapi tak tahulah akan datang....

Wednesday, May 9, 2007

Adam Darwisy


Ha... ni anak teruna aku.Umurnya dah masuk 11 bulan, tapi belum pandai merangkak lagi.Badan besar agaknya, sebab tu berat sikit...Adam ni masa umur dia 15 hari pernah masuk wad HKT sebab demam kuat.So, kena tinggal kat wad tu dalam 10 hari jgk.Doktor pernah nak ambik air tulang belakang dia, tapi aku tak bagi, bimbang apa-apa yang tak diingini berlaku..So, kalau Adam demam, memang aku jaga betul-betullah sebab tak nak terjadi macam dulu.Aku pun dah serik duduk kat hospital selama 10 hari, apa taknya, dahlah aku masih sakit dalam pantang, selama 10 malam aku kat wad duk jaga anak aku tu, aku tak dapat tidur malam langsung sbb anak aku asyik nangis nak tidur atas riba aku.Seksanya tuhan saja yang tahu.Tapi alhamdulillah, anak aku sekarang dah makin sihat dan tembam, tak larat jugaklah nak dukung.Adam Darwisy anak aku yang kedua, anak aku yang sulung perempuan.

Macam-macam...


Ha... berjaya jugak aku upload gambar.Ingatkan dah kena blok semua... ni gambar testing je.. Kak Fida, macam pernah tengok tak gambar ni? Di mana ya ? Dalam banyak-banyak tu, yang mana satu berkenan ?

Kenangan ngan kak fida..hehehe



Gambar ni dirakam masa Kak Fida dtg ke Terengganu.Pemandangan kat belakang tu cantik kan?Ha... nilah kampung tempat aku dibesarkan, Bandar Marang.Kalau sape-sape yang nak ke Pulau Kapas memang kena naik kat sinilah, kat muara sungai Marang.Selama aku tinggal kat sini, baru sekali aku jejakkan kaki ke Pulau Kapas yang memang cantik, itupun dengan hubby aku.Waktu tu ada program yang dianjurkan oleh budak2 PERMATA (Persatuan Mahasiswa Trg), kiranya kami ni jemputanlah sbb hubby aku diberi satu sesi sbg penceramah, so kira sambil menyelam minum air, aku baru je berkahwin dan peluang ni kami ambik dengan berbulan madu...

Tuesday, May 8, 2007

Petua Murah Rezeki

Allah yang membukakan pintu rezeki kepada kita sehingga kita dapat hidup bernafas di bumi, beroleh kerjaya yang baik, dapat memberi keluarga makan pakai dan dapat pula menyumbang pada orang lain. Namun, sebagai hamba Allah, kita juga harus menyempurnakan beberapa perkara agar rezeki terus murah melimpah ruah.

1) Bertakwa kepada Allah iaitu dengan beriman bersungguh-sungguh, melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan.Allah berfirman dalam surah an-nahl : 97 yang bermaksud: Sesiapa yang beramal soleh, sama ada dari kalangan lelaki dan wanita, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas yang lebih baik daripada yang mereka kerjakan.

2) Bersyukur kepada Allah atas segala kurniaNya. Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Ibrahim : 7 yang bermaksud : Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan sesungguhnya jika kamu kufur dan ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.

3) Bertaubat, berbanyak istighfar, memohon keampunan kerana itulah yang menyebabkan kita akan dikasihi Allah dan seterusnya dibuka lebih pintu rezeki.

4) Melazimkan diri membaca surah Al-Waqiah yang terdapat dalam juzuk 20. Surah ini mengenai kejadian hari kiamat, mengenai tiga puak manusia di sana, iaitu puak kanan yang beroleh bahagia, puak kiri yang dimasukkan ke neraka dan puak tiga yang mendahului dalam kerja kebajikan yang beroleh kedudukan mulia di sisi Allah.Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan al-Baihaqi daripada Ibnu Mas'ud : Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam,nescaya tidak ditimpa kemiskinan selama-lamanya.

Monday, May 7, 2007

Selamat Hari Ibu..

Tanpa ibu, siapalah kita.Kerana mereka jugalah kita dapat melihat dunia yang indah ini.Betapa besarnya pengorbanan ibu.Dari mengandung selama 9 bulan hinggalah melahirkan, semua kesakitan itu hilang tatkala menatap wajah comel si kecil yang baru dilahirkan.Setelah bergelar seorang ibu, baru kini aku dapat merasai betapa sukarnya seorang ibu membesar dan mendidik anak-anak sehinggalah mereka dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri.Kepada mereka yang masih ada ibu, sama-samalah kita menghargai mereka dan mengenang segala jasa mereka membesarkan kita.Tidak semestinya terima kasih hanya diucapkan pada hari ibu sahaja, sebaliknya kita perlu sentiasa berterima kasih tidak mengira waktu.Kepada bonda Wan Nik Bt Mat Amin, terima kasih diucapkan kerana sabar membesarkan kami dan melayani kerenah kami seramai 13 orang ini.Semoga dirimu sentiasa diberi kebahagiaan dan di bawah lindunganNya.

Sunday, May 6, 2007

Selamat Datang

Selamat datang aku ucapkan pada sape - sape yang sudi jenguk blog aku ni... ahlan wasahlan, kedatangan anda dialu-alukan..

Cuti Hujung Minggu

Petang semalam sempatlah aku ngan hubby aku bawak anak-anak aku gi jalan-jalan kat pantai.Skali skala ambik angin, bukannya senang.Yelah, hubby aku ni boleh dikatakan busy jugaklah kalu hari minggu.Kalu korang nak tahu, hubby aku ni pagi mengajar kat sekolah, petang pulak ajar budak2 sekolah taekwondo.So, malam je dia free, itupun kalau tak de meeting or latihan taekwondo kat gym.Semalam kita orang jln2 kat pantai Teluk Ketapang, dekat ngan airport K.Trg, pastu sempat jugaklah singgah kat Kg. Losong, beli keropok lekor, memang bestlah keropok Losong ni.So, kalu datang Trg, jgn lupa singgah beli keropok kat sini.Eh, mcm promote keropok lah pulak aku ni.

Thursday, May 3, 2007

Penantian satu penyeksaan

Aduh... sakit kepala aku hari ni.Apa taknya aku punya internet tak leh bukak.Dari pagi lagi aku cuba bukak, jawapannya "the page cannot displayed".Dah lenguh jari aku ni click, last-last jawapan yang sama jugak.So, sebab tension tak leh bukak internet, aku pun relakslah dulu.. Last-last dapat jugak bukak, tu pun pukul 2 petang.Aku ni memang tak leh tunggu lama-lama... kurang penyabar jugaklah aku ni.He..he.. Sebenornya yang buat aku tak sabar nak buka internet ni sebab aku nak check aku punya blog, menjadi ke tak.So, ini kira permulaan dululah.Time kasihlah pada yang sudi lawat blog aku ni.Pada Kak Fida dan Kak Faezah, thanks sbb bnyk tolong.

Monday, April 30, 2007

KENANGAN TERINDAH

Lembaran perjalanan hidup telah menentukan pertemuan dua hati, hatiku dan hatimu.
Kini telah terikat menjadi satu perjalanan. Waktu telah membuktikan betapa serasinya kita sebagai teman hidup.......berdua denganmu lebih baik.