Monday, January 7, 2008

Selamat Tinggal....

Alhamdulillah.... dah lama aku tak dpt menulis kat blog aku, hari ni baru dapat bukak...Tahun 2007 sememangnya meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit buatku.Tapi kali ini aku betul-betul bersyukur sebab awal tahun 2008 ini aku akan memulakan kerjayaku di tempat baru dan dengan jawatan baru.14hb januari ini aku akan melaporkan diri di Maktab Perguruan Kuala Terengganu sebagai guru j-Qaf.Alhamdulillah, usaha dan doa aku selama ini tak sia-sia, impian akhirnya tercapai dan juga aku dapat menunaikan harapan arwah abah untuk melihat aku menjadi seorang guru.
Kepada rakan-rakan blogger dan sesiapa juga yang sudi melawat blog aku, salam perpisahan terpaksa aku ucapkan kerana selepas ini aku dah tak dapat nak jenguk2 blog kalian,semoga kalian masih mengingati aku di alam maya ini.... sedihlah pulak rasanya.
Okaylah, bila dah ada masa aku akan teruskan kembali bog aku ni, untuk sementara blog aku bererhatlah dulu....Bye-bye....

No comments: