Sunday, June 17, 2007

Happy Fathers Day !!

Selamat Hari Bapa aku ucapkan pada hubby aku Abdul Karim Bin Othman.Walaupun abah dah tak ada, tapi aku bersyukur sebab masih ada bapa mertua.Selamat Hari bapa juga aku ucapkan pada bapa mertua aku, Hj. Othman bin Hussin. Sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa membawa bahagia. Arwah abah aku iaitu Hj. Sulong Bin Yusoff merupakan orang yang paling aku banggakan kerana beliau berjaya membesar dan mendidik 12 orang anak sehingga berjaya dan ke menara gading dengan usaha tulang empat keratnya sebagai tukang kayu.Bapa merupakan tunggak keluarga, tanpa seorang bapa pasti ada sedikit kepincangan dalam keluarga kerana pada zaman dahulu kaum bapalah yang banyak keluar mencari rezeki untuk keluarga dan berbeza dengan zaman sekarang, kaum wanita ramai yang bekerja dalam meringankan beban suami.
Ayah dan Ibu...Ayah dan Ibu... Itulah Permulaan Kami...
Dapat Melihat Bulan dan Matahari..

Hubby aku memang rapat dengan anak-anak.. walaupun perwatakannya nampak serius.. itu orang lain cakaplah...



We love you Abah !!!

Kenangan bersama abah takkan aku lupakan.Tapi peristiwa beberapa hari sebelum abah meninggal masih aku ingat, kira-kira 8 tahun lalu.Semasa cuti semester,aku ikut Projek anak Angkat kat Seberang Takir selama seminggu.Aku memang sedia maklum abah tak sihat dan aku tak sangka abah akan pergi meninggalkan kami dalam waktu terdekat..Pada hari terakhir di Seberang Takir, kami buat persembahan untuk keluarga angkat dan nyanyi lagu Sudirman, "Salam Terakhir".Dalam duk sibuk buat latihan, mulut aku sempat cakap " macam lagu orang nak mati je..". Sampai sekarang aku tak boleh dengar lagu ni sbb dua hari lepas balik dari Seberang takir, abah meninggal...entahlah mungkin ini satu kebetulan tapi aku memang terasa jugak dengan apa yang aku cakap pada hari persembahan tu.Sampai sekarang aku masih rasa terkilan sbb aku tak sempat salam dan cium tangan abah...lagipun pagi tu abah jatuh dan meninggal depan aku,pada waktu kejadian berlaku ,aku nampak abah berlari naik dari bilik air teresa-gesa dan tiba-tiba abah jatuh.Aku memang bangun nak sambut abah, tapi entah macam mana bila aku berdiri je, aku jatuh balik macam kaki lembik, tak boleh berdiri..sampai sekarang aku masih ingat apa yang berlaku...Masa Majlis Konvokesyen, bila lagu Sudirman diputarkan, " ayah dan Ibu, ayah dan ibu itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari... aku hanya mampu mengalirkan air mata..sebak dan sedih... sebab aku tak dapat kongsi kejayaan aku dengan abah, hanya suami yang datang masa konvokesyen aku... memang aku mengharapkan kedatangan ahli keluarga aku, tapi mereka semua tak dapat datang... akhirnya konvokesyen aku tu mmg aku tak happy sangatlah....
Bagi mereka yang masih ada bapa, hargailah mereka selagi mereka hidup di dunia ini..
Untuk abah, aku hanya mampu berdoa dan sedekah al-fatihah, semoga rohmu dicucuri rahmat dan berada di antara orang-orang yang soleh..amin.

2 comments:

Unknown said...

Semoga roh abahnya dicucuri rahma..disamping doa anak2 yang soleh/solehah.

Salam perkenalan dari saya...

dilla said...

Salam perkenalan... thanks lawat blog i.U ada link yg blh i lawat?