Tuesday, May 29, 2007
Gara-gara Pearl Cafe...
Monday, May 28, 2007
Sakit datang lagi..


Wednesday, May 23, 2007
Weddings anniversary 25 May


Tuesday, May 22, 2007
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!!!!!!!!!!!!!



Monday, May 21, 2007
KENANGAN DI PULAU KAPAS


Tak dapat naik kapal kat tengah laut, naik sampan kat gigi air jadilah..

Waktu ni aku baru je lepas sebulan kahwin, kira dalam mood honeymoon lagilah. Seronok dapat pergi Pulau Kapas sebab pantainya yang cantik, pasir memutih dan air laut yang tenang. Gamat pun banyak kat sini. Gambar dirakam tahun 2002 masa projek Induksi Persatuan Mahasiswa Terengganu um ( PERMATA ).
Sunday, May 20, 2007
Peluang datang lagi...
Sekarang ni bukan senang nak jadi guru sbb makin ramai yang mintak nak jadi guru ni.Anyway,aku harap aku dapat jawab sebaik mungkin dan terpilih untu temuduga, tapi kalau gagal jugak aku takkan berrputus asa dan akan mintak lagi sampailah umur aku 35 tahun, he..he.. kenapa 35 thn? Sebab ini kira umur paling maksimum untuk mohon kpli, kalau 36 tahun dah tak dilayan, reject terus...kalau tak dapat jgk, aku anggap mungkin bukan rezeki aku untuk bergelar guru...
" Tindakan kitalah yang akan menentukan kejayaan kita. Banyak mana pun ilmu yang kita miliki hanya tinggal ilmu semata-mata dan kurang berfaedah buat diri sendiri kecuali kita bertindak "
"A man who is willing to waste one hour of his life has not realised the value of life " ( seorang manuia yang rela merugikan satu jam kehidupannya adalah manusia yang masih tidak tahu akan nilai sebenar kehidupannya)
Thursday, May 17, 2007
Wednesday, May 16, 2007
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru aku ucapkan kepada semua insan yang bergelar guru ( termasuk kakak2 dan abang aku yang bergelar guru - Kak Za, Kak Ta, Kak Ma dan abang Mat, buat suami tercinta : Abdul Karim - semoga menjadi penjana modal insan cemerlang ! )
- Tadika KEMAS ( CG. Latifah )
- SK Marang ( Cg. Halimatun, Cg. Jazan, Cg. Nazli dll )
- SMA Marang ( Cg. Puspa, Cg. Zainiah, Cg. Maimunah, Cg. Bakar, Ust. Wan Hussin dll )
- SMKA Sheikh Abdul Malek ( Cg. Aziz, Cg. Rahimi, Ust. Ariffin, Cg. Idrul Hisham dll)
- Universiti Malaya ( semua pensyarah di Akademi Pengajian Islam dan Fakulti Sastera )
Kenangan yang tak dapat dilupakan sewaktu alam persekolahan :
- Pernah didenda berjalan itik keliling kelas dengan buku bahasa arab diletak atas kepala gara-gara tak dapat jawab satu soalan oleh Ustaz Wan Hussin, salah seorang guru yang amat digeruni oleh pelajar!
- Didenda beramai-ramai oleh guru yang sama dengan membawa bakul berisi sampah dan berjalan dari meja ke meja sambil mengucapkan dialog : ini sampah dan orang yang mendengarnya mesti jawab ya!
- Pernah dimarah oleh guru atas kesilapan yang dilakukan oleh orang lain... sedihnya...
Bila diingat balik semuanya, aku rasa nak ketawa pun ada... semua ni kenangan yang kita takkan perolehi lagi setelah melangkah keluar dari sekolah...
Semoga bekas pelajar aku di SMK Tengku Lela Segara bakal menjadi pelajar cemerlang
Tuesday, May 15, 2007
Keluarga Bahagia

Gambar ni diambil kat Pantai Teluk Ketapang pada minggu lalu. Aku rasa macam tak percaya pulak, pejam celik pejam celik dah 5 tahun usia perkahwinanku dengan insan yang amat aku sayang.Diserikan pulak dengan sepasang cahayamata yang comel2. Sebenarnya, pada 25 Mei 2007 ini akan genaplah usia perkahwinanku yang ke 5 tahun.Cadangnya pada 25 mei nanti memanglah aku nak celebrate anniversary kami ni, tapi terpaksa ditangguhkan pulak coz husband aku kena jadi ketua juri dalam Pertandingan Taekwondo, pada 26 mei pulak abang aku pulak nak kahwin.Hai.... asyik tak jadi je plan aku, ingatkan nak ke Kelantan, jalan2... tapi tak apalah, celebrate kat manapun tak kisahlah.Asalkan keluarga aku bahagia dan penuh dengan kasih sayang dan keberkatan...
Sunday, May 13, 2007
AINUR AFRINA BATRISYIA


Gambar ni pulak masa Batrisyia berusia 6 bulan.
Aku lahirkan Batrisyia pada 19 Disember 2003 pada jam 6.10 minit pagi dengan berat 3.4 kg. Tapi sekarang ni anak dara aku ni makin kurus, tak nak makan... aku dah tak tahu nak pujuk macam mana, si adik pulak kuat makan.Dah nak sama besar dengan si kakak.Batrisyia ni aku dah hantar ke tadika walaupun belum masuk 4 tahun.Sejak masuk tadika, aku tengok dia dah banyak belajar dari hafal doa, belajar bahasa arab dan mengeja.. memang berbaloilah.Perkembangannya cepat dan aku bangga dengan anak dara aku ni sebab dia cepat belajar.Sebenarnya, masa semester akhir kat u dulu, aku dah pregnant, so memang dari dalam perut lagi dia dah belajar, ikut masuk kuliah dan exam.Memang tak susahlah masa mengandungkan Batrisyia.Sekarang aku dah dapat sepasang cahaya mata, tapi tak tahulah akan datang....
Wednesday, May 9, 2007
Adam Darwisy

Macam-macam...
Kenangan ngan kak fida..hehehe


Tuesday, May 8, 2007
Petua Murah Rezeki
1) Bertakwa kepada Allah iaitu dengan beriman bersungguh-sungguh, melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan.Allah berfirman dalam surah an-nahl : 97 yang bermaksud: Sesiapa yang beramal soleh, sama ada dari kalangan lelaki dan wanita, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas yang lebih baik daripada yang mereka kerjakan.
2) Bersyukur kepada Allah atas segala kurniaNya. Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Ibrahim : 7 yang bermaksud : Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan sesungguhnya jika kamu kufur dan ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.
3) Bertaubat, berbanyak istighfar, memohon keampunan kerana itulah yang menyebabkan kita akan dikasihi Allah dan seterusnya dibuka lebih pintu rezeki.
4) Melazimkan diri membaca surah Al-Waqiah yang terdapat dalam juzuk 20. Surah ini mengenai kejadian hari kiamat, mengenai tiga puak manusia di sana, iaitu puak kanan yang beroleh bahagia, puak kiri yang dimasukkan ke neraka dan puak tiga yang mendahului dalam kerja kebajikan yang beroleh kedudukan mulia di sisi Allah.Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan al-Baihaqi daripada Ibnu Mas'ud : Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam,nescaya tidak ditimpa kemiskinan selama-lamanya.