Tuesday, May 8, 2007

Petua Murah Rezeki

Allah yang membukakan pintu rezeki kepada kita sehingga kita dapat hidup bernafas di bumi, beroleh kerjaya yang baik, dapat memberi keluarga makan pakai dan dapat pula menyumbang pada orang lain. Namun, sebagai hamba Allah, kita juga harus menyempurnakan beberapa perkara agar rezeki terus murah melimpah ruah.

1) Bertakwa kepada Allah iaitu dengan beriman bersungguh-sungguh, melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan.Allah berfirman dalam surah an-nahl : 97 yang bermaksud: Sesiapa yang beramal soleh, sama ada dari kalangan lelaki dan wanita, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas yang lebih baik daripada yang mereka kerjakan.

2) Bersyukur kepada Allah atas segala kurniaNya. Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Ibrahim : 7 yang bermaksud : Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan sesungguhnya jika kamu kufur dan ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.

3) Bertaubat, berbanyak istighfar, memohon keampunan kerana itulah yang menyebabkan kita akan dikasihi Allah dan seterusnya dibuka lebih pintu rezeki.

4) Melazimkan diri membaca surah Al-Waqiah yang terdapat dalam juzuk 20. Surah ini mengenai kejadian hari kiamat, mengenai tiga puak manusia di sana, iaitu puak kanan yang beroleh bahagia, puak kiri yang dimasukkan ke neraka dan puak tiga yang mendahului dalam kerja kebajikan yang beroleh kedudukan mulia di sisi Allah.Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan al-Baihaqi daripada Ibnu Mas'ud : Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam,nescaya tidak ditimpa kemiskinan selama-lamanya.

No comments: